ZTE Axon 7 Dengan Snapdragon 820 Akan Ke Malaysia Pada 18 Ogos
ZTE

ZTE Axon 7 Dengan Snapdragon 820 Akan Ke Malaysia Pada 18 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 9, 2016 oleh .

ZTE Malaysia sebelum ini telah berkongsi teaser memperlihatkan Axon 7 akan ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Terkini, berkongsi lanjut mengenainya, ZTE Malaysia memberikan petanda ia bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada 18 Ogos 2016 kelak.

ZTE Axon 7

ZTE Axon 7 merupakan telefon pintar flagship daripada ZTE – hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk cip Snapdragon 820, memori sehingga 6GB RAM, kamera belakang 20-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan menggunakan USB Type-C. ZTE turut melengkapkan ciri-ciri audio tambahan melalui telefon pintar ini.

Dengan perkongsian tarikh ini, semestinya ia akan menjadi salah satu titik aras sebelum pengguna membuat pembelian peranti berasaskan Snapdragon 820 yang terbaru – sama ada OnePlus 3, Zenfone 3 ataupun ZTE Axon 7 ini. Harga jualan peranti ini masih belum diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN