Google Maps Kini Memaparkan Info Perjalanan Melalui Grab

Google Maps Kini Memaparkan Info Perjalanan Melalui Grab

Diterbitkan pada Ogos 9, 2016 oleh .

Google Maps - GrabGrab atau MyTeksi merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan pemanduan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Terkini, Google Maps, iaitu aplikasi peta popular pada peranti mudah-alih Android mahupun iOS telah mula mengintegrasikan Grab pada Google Maps.

Melalui Google Maps, kini apabila pengguna membuat navigasi ke sesuatu lokasi, anda turut boleh memilih pilihan pemanduan – yang mana memaparkan pilihan Uber dan juga Grab.

Pengguna turut boleh melihat berapakah kos perjalanan ke sesuatu lokasi melalui Grab dan Uber, dan apabila membuat pilihan tersebut – ia akan membuka aplikasi Grab atau Uber. Bagi anda yang sering menggunakan Grab atau Uber, fungsi ini mungkin sesuatu yang menarik bagi anda memandangkan anda boleh membandingkan kos perjalanan ke sesuatu lokasi dengan lebih mudah.


TIPS & ULASAN