Pokemon Go Kini Mula Memaparkan Amaran Jika Bermain Ketika Memandu

Pokemon Go Kini Mula Memaparkan Amaran Jika Bermain Ketika Memandu

Diterbitkan pada Ogos 9, 2016 oleh .

Pokemon GoPokemon Go telah dilancarkan di Malaysia pada penghujung minggu lepas, dan sejak daripadanya, ramai pengguna tempatan yang telah mula memainkannya secara aktif. Ini juga secara tidak langsung membawa kepada beberapa masalah – terutamanya mereka yang tidak bertanggungjawab dan memainkan permainan ini ketika memandu.

Untuk mengatasi masalah ini, kini pembangun permainan berkenaan sendiri telah menyertakan amaran ketika pemandu. Melalui kemaskini baru, sekiranya pengguna membuka aplikasi Pokemon Go ketika sedang memandu, sebuah amaran akan dipaparkan supaya tidak memainkannya.

Disamping itu, kemaskini baru juga membolehkan pemain mengubah nama Trainer mereka, dan beberapa kemaskini yang lain.

Bagi anda yang memainkan permainan Pokemon Go, anda boleh mengemaskini aplikasi Android atau iPhone anda dan menikmati ciri-ciri baru yang dibawakan ini.


TIPS & ULASAN