SKMM Pertimbang Keluarkan Garis Panduan Keselamatan Untuk Permainan Pokemon Go

SKMM Pertimbang Keluarkan Garis Panduan Keselamatan Untuk Permainan Pokemon Go

Diterbitkan pada Ogos 9, 2016 oleh .

Dengan demam Pokemon Go yang melanda negara sejak daripada penghujung minggu lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan panduan keselamatan khusus untuk permainan tersebut.

SKMM

Pokemon Go membawakan permainan yang mengabungkan dunia maya dan juga dunia realiti. Perkara ini sekaligus membawa kepada beberapa kelalaian oleh pemain – termasuk memainkan ia ketika memandu, dan turut tidak memberikan perhatian kepada keadaan sekeliling ketika memainkannya.

SKMM turut menggesa orang ramai untuk mengutamakan keselamatan ketika memainkan Pokemon Go, dan turut peka dengan persekitaran – serta mengambil-kira sensitiviti tempatan dan mengikuti undang-undang.


TIPS & ULASAN