Cari @ Amanz

Facebook hari ini berkongsi sedikit kemaskini berkaitan pengiklanan pada laman sosial mereka, dan pada masa yang sama menyentuh mengenai penggunaan ad-blocker dikalangan pengguna.

Facebook mengatakan selepas ini iklan mereka akan kekal dipaparkan kepada pengguna web, walaupun menggunakan penghalang iklan pada pelayar web. Facebook menjayakan perkara ini dengan penggunaan HTML untuk iklan yang menyerupai kandungan organik pada laman web berkenaan.

Untuk makluman, kebiasaannya penghalang iklan pada pelayar web akan mengenal-pasti kandungan daripada sesuatu subdomain yang memaparkan iklan. Dengan membuatkan penggunaan domain iklan serupa dan menjadikan ia menyerupai kandungan organik pada laman berkenaan, ia akan membuatkan iklan kekal dipaparkan walaupun penghalang iklan digunakan.

Pada masa yang sama, Facebook turut menekankan yang mana kini pengguna diberikan lebih kawalan dalam jenis iklan yang dipaparkan kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd