Bagi anda yang meminati pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, kini sebuah aplikasi khusus disediakan untuk anda yang membolehkan anda merakamkan gambar selfie bersama-sama bintang bola sepak kegemaran ramai tersebut.
Dinamakan sebagai CR7Selfie, aplikasi ini membawakan beberapa rekaan tema berbeza dengan wajah Cristiano Ronaldo. Anda boleh merakamkan gambar selfie dengan memilih daripada lebih 68 gaya Cristiano Ronaldo yang berbeza, sebelum berkongsi ia di laman sosial.
Walaubagaimanapun, aplikasi ini tidak ditawarkan secara percuma, sebaliknya ditawarkan pada harga RM8.99. Setiap muat-turun aplikasi ini juga dikatakan akan membantu badan amal “Save The Children”.
Have a selfie with me.✌️ Check out my new CR7 Selfie – Fans with a Cause App #CR7SelfieApp https://t.co/ejlaJoim0c pic.twitter.com/psMKasyDKm
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) August 9, 2016