Seagate Mempertontonkan SSD Dengan Storan 60TB Untuk Perusahaan

Seagate Mempertontonkan SSD Dengan Storan 60TB Untuk Perusahaan

Diterbitkan pada Ogos 10, 2016 oleh .

Perkembangan arena internet dan teknologi turut membuatkan simpanan data oleh perusahaan semakin meningkat dari hari ke hari. Sebelum ini, kita telah melihat perkongsian SSD sehingga 15TB yang telah dijual kepada perusahaan. Hari ini, Seagate melangkah setapak ke hadapan dan memperlihatkan SSD berasaskan Serial Attached SCSI yang mempunyai storan sehingga 60TB.

Seagate SSD 60TB

SSD bersaiz besar ini ditujukan kepada pengguna perusahaan untuk digunakan bersama pada pelayan mereka, dan mengekalkan rekaan 3.5-inci seperti biasa. Dalam pengiraan kasar, melalui storan 60TB, ia membolehkan simpanan sehingga 400 juta gambar ataupun sehingga 12,000 filem berkualiti DVD.

Buat masa ini, Seagat lebih kepada mempertontonkan teknologi mereka, dan mungkin ia dijual sekitar 2017 kelak. Dengan SSD bersaiz 15TB mencapai harga jualan RM40,000, harga untuk 60TB ini mungkin berkali ganda lebih tinggi.


TIPS & ULASAN