Explore Interests Diperkenalkan Di Google Now Untuk Memudahkan Mengikuti Topik Kegemaran

Explore Interests Diperkenalkan Di Google Now Untuk Memudahkan Mengikuti Topik Kegemaran

Diterbitkan pada Ogos 10, 2016 oleh .

Google Now ialah pembantu maya yang memudahkan pengguna mendapatkan berita dan kepuasan acara sukan terkini tanpa perlu ke laman web. Pembantu maya ini telah dikemaskini oleh Google dan kini memaparkan kad Explore Interests bagi memudahkan lagi pengguna mengikuti topik kegemaran. Apabila kad Expore Interests ditekan, beberapa kategori diberikan seperti TV, Filem, Sukan dan Muzik. Berdasarkan pilihan, kad dengan tajuk berkaitan akan terpapar pada skrin.

Google-Now-Explore-Interests

Pilihan juga boleh dilakukan mengikut maklumat geolokasi. Pilihan topik akan diberikan mengikut kepopularannya di mana pengguna berada. Dengan fungsi baru ini topik yang dipaparkan di dalam Google Now akan menjadi lebih relevan kepada pengguna. Sebelum ini pengguna perlu memasukkan sendiri topik yang mahu dipaparkan dalam bentuk kad. Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua peranti yang menyokong Google Now.

 


TIPS & ULASAN