Cari @ Amanz

Asus Zenfone Go ZB450KL dilancarkan di Russia dan ia membawakan peningkatan spesifikasi berbanding Zenfone Go ZC500TG yang dilancarkan di Malaysia Oktober lalu. Ia masih mengekalkan skrin 4.5″ IPS LCD dengan resolusi 854×480 pixel, pemproses Snapdragon 410, RAM sebesar 1 Gigabyte dan storan 8 Gigabyte.Terdapat sokongan kad MikroSD sehingga 64 Gigabyte.

Asus-Zenfone-Go-ZB450KL-3

Ini adalah peningkatan dari pemproses MediaTek MT658 yang digunakan pada model terdahulu. Walaubagaimanapun saiz RAM dikurangkan dari 2 Gigabyte dan storan pula dikurangkan dari 16 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 8 Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 2 Megapixel. Kamera utama mampu merakam video pada resolusi HD penuh. Bateri yang disertakan pula sebesar 2070 mAh. Peranti Android Marshmallow ini dijual pada harga $123 (~RM 491) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd