Thailand Merancang Menjejak Telefon Yang Digunakan Setiap Pelancong

Thailand Merancang Menjejak Telefon Yang Digunakan Setiap Pelancong

Diterbitkan pada Ogos 10, 2016 oleh .

Apabila melancong kami sering memilih untuk melakukan perayaun dari menggunakan SIM tempatan. Ini adalah kerana dalam kebanyakan kes ianya lebih murah. Di Thailand anda mungkin tidak akan diberikan pilihan di masa hadapan.Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Thailand merancang untuk mewajibkan pelancong menggunakan kad SIM khas bagi membolehkan lokasi mereka dijejak setiap masa.

Nano-SIM

Langkah drastik diambil bagi menyelesaikan masalah pelancong tinggal melebihi tempoh. Walaupun boleh dianggap mencerobohi privasi pelancong, pihak berwajib Thailand merasakan ini antara langkah drastik yang perlu diambil. Pihak Junta Thailand turut mahu sistem ini dikuatkuasakan bagi memudahkan mereka menjejak penjenayah dari luar negara. Warga asing yang bekerja di Thailand dengan sah walaubagaimanapun dikecualikan dari penggunaan SIM khas ini. Sebelum dikuatkuasakan Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Thailand akan mengumpul maklum balas dari agensi pelancongan, pihak polis dan pengusaha pelancongan.


TIPS & ULASAN