Cari @ Amanz

Salah satu jenama yang semakin popular dikalangan pengguna tempatan adalah Oppo. Hanya beberapa tahun lalu mereka telah menghadirkan telefon flagship mereka dan kini Malaysia menjadi salah satu pasaran utama mereka. Bagi segmen peranti dalam lingkungan harga RM900 hingga RM 1300, Oppo memegang 40% pasaran tersebut. Hari ini mereka telah menghadirkan telefon selfie terkini mereka iaitu Oppo F1s.

Oppo F1s merupakan kesinambungan dari model selfie mereka yang terpopular, iaitu F1. Pada Oppo F1s, kamera hadapannya mempunyai sensor sebesar 16MP f/2.0. Teknologi Beautification 4.0 turut diimplementasikan padanya dengan mod ‘Beautification’ yang boleh diubah sebanyak 7 tahap. Terdapat juga Flash menggunakan paparan skrin dan proses selfie juga boleh diaktifkan menerusi kawalan suara dan juga gerakan tangan. Bagi kamera utama, sensor yang digunakan adalah 13MP f/2.2 dengan pemfokusan PDAF dan juga terdapat pengimbas cap jari.

IMG_0376

Oppo F1s-launch -IMG_2357

Antara spesifikasi lain Oppo F1s yang menyokong penggunaan dwi-SIM ini termasuklah ia dijana oleh cip pemprosesan MediaTek MT6750 1.5GHz lapan-teras, dan 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia boleh ditambah dengan kad Mikro-SD sehingga 128GB. Ia mempunyai paparan skrin bersaiz 5.5-inci serta kapasiti bateri sebesar 3075 mAh.

Peranti ini akan ditawarkan pada harga RM 1,198 dan akan hadir pada beberapa pilihan warna iaitu emas dan merah jambu emas. Ia boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 19 Ogos di laman web mereka serta cawangan rasmi Oppo dan akan mula menjualnya pada 20 Ogos dan salah satu tempat utama adalah di Mid Valley Megamall.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd