Cari @ Amanz

Perkembangan pada arena video memperlihatkan beberapa penyedia telah memulakan siaran pada resolusi 4K, malah di Jepun, mereka turut telah memulakan ujian pada resolusi 8K. Terkini, di Malaysia, Telekom Malaysia menjadi terawal untuk menguji siaran video pada resolusi tinggi melalui HyppTV.

HyppTV 4K

Melalui ujian yang dilakukan di Sunway Pyramid, Telekom Malaysia telah mempertontonkan kebolehan penyiaran saluran di HyppTV pada resolusi 4K. Untuk tujuan ini, Telekom Malaysia menggunakan kandungan Sukan Olimpik Rio 2016, dan turut menayangkan ia secara terbuka di Sunway Pyramid daripada hari ini sehingga 23 Ogos 2016 ini.

Telekom Malaysia mengatakan perkara ini dapat direalisasikan melalui penggunaan jalur lebar Unifi dan juga bantuan teknologi Huawei untuk rangkaian IPTV.

Buat masa ini, Telekom Malaysia lebih kepada mempertontonkan kebolehan siaran pada resolusi 4K, dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia ditawarkan kepada pengguna – apatah lagi memerlukan kelajuan internet yang lebih pantas supaya dapat menikmati penyiaran tanpa sebarang gangguan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd