Honor 8 Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor 8 Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 10, 2016 oleh .

Honor Malaysia hari ini melalui halaman Facebook mereka telah mula berkongsi mengenai telefon pintar Honor 8, dan pada masa yang sama mengatakan mereka sedang menghitung hari sebelum pelancarannya di Malaysia.

Honor 8 merupakan jawapan Honor untuk Huawei P9, dimana ia hadir dengan sokongan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang, sekaligus menawarkan lebih pilihan kepada pengguna dalam merakamkan gambar. Cuma berbeza dengan peranti Huawei adalah dwi-kamera pada Honor 8 tidak hadir dengan jenama dan teknologi kejuruteraan Leica.

Honor 8

Dari segi spesifikasi, Honor 8 menggunakan skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 950, memori sehingga 4GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB.

Telefon pintar ini menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka EMUI, selain menggunakan USB Type-C untuk tujuan pengecasan.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Dengan Honor Malaysia yang mengatakan mereka sedang menghitung hari untuk pengenalannya, kita mungkin mendengar lanjut mengenai pelancaran telefon pintar ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN