Pelancaran Galaxy Note 7 Di Malaysia Ditangguhkan Ke Bulan September 2016

Pelancaran Galaxy Note 7 Di Malaysia Ditangguhkan Ke Bulan September 2016

Diterbitkan pada Ogos 10, 2016 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menjadualkan pelancaran telefon pintar Galaxy Note 7 ke bulan September 2016 – disebabkan oleh kekurangan stok pada peringkat global.

Galaxy Note 7 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, dan pada awalnya ia telah dijadualkan untuk pelancaran pada minggu hadapan, 19 Ogos 2016. Tarikh baru pelancaran Galaxy Note 7 masih tidak diketahui buat masa ini.

Samsung Galaxy Note 7

Walaubagaimanapun, pihak Samsung Malaysia mengatakan mereka akan menepati janji untuk pembeli yang membuat pembelian melalui pra-tempahan yang telah diadakan pada awal minggu ini, dan menghantar unit Galaxy Note 7 kepada mereka pada tarikh yang dijanjikan.

Galaxy Note 7 membawakan sokongan S-Pen, dilengkapi dengan fungsi kalis air, pengimbas mata dan beberapa ciri-ciri tambahan lain. Ia berharga RM3199 di Malaysia. Dengan pengumuman terbaru daripada Samsung ini, mungkin anda yang menantikan ia untuk dibeli daripada kedai atau selepas dilancarkan, boleh nantikannya pada bulan September kelak.


TIPS & ULASAN