Cari @ Amanz

Asus sebelum ini telah hadir dengan dua generasi jam tangan pintar, iaitu ZenWatch dan juga ZenWatch 2. Kedua-duanya hadir dengan rekaan muka jam empat-segi, dan kali ini melalui ZenWatch 3 kelak, Asus dilihat akan hadir dengan jam tangan pintar pertama mereka dengan rekaan bulat.

Asus dilihat telah memfailkan FCC (seumpama Sirim di Amerika Syarikat) untuk ZenWatch 3 ini, yang memperlihatkan rekaan berbentuk bulat. Jikalau mengikut jam tangan pintar ZenWatch sebelum ini, kita mungkin akan melihat ia turut hadir dengan sistem operasi Android Wear, dan boleh berhubung pada peranti Android dan juga iOS.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Asus akan memperkenalkannya. Memandangkan acara memfokuskan elektronik akan datang adalah IFA 2016 sekitar bulan September ini, kita mungkin akan melihatnya ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd