Instagram Kini Menguji Fungsi Simpanan Draf Gambar Sebelum Dimuat Naik

Instagram Kini Menguji Fungsi Simpanan Draf Gambar Sebelum Dimuat Naik

Diterbitkan pada Ogos 11, 2016 oleh .

Menulis emel dan tweet kemudian menyimpannya sebagai draf ialah perkara biasa bagi kami. Kerap kali ini dilakukan kerana ada tugasan lain yang perlu disiapkan menurut tuan enditor. Sistem draf ini membenarkan emel dan tweet disimpan separuh jalan sebelum dihantar kemudian. Fungsi ini nampaknya sedang diuji oleh Instagram. Beberapa pengguna bertuah diberikan peluang menguji fungsi ini semalam.

Instagram-Draf-2

Gambar yang sedang disunting dan kapsyen yang ingin dimuat naik boleh disimpan terlebih dahulu. Ini amat berguna bagi mereka yang gemar mengambil masa mengubah tetapan suntingan gambar yang ada di dalam Instagram. Tiada lagi masalah “hasil seni” terpadam kerana RAM pada peranti tidak mencukupi menutup Instagram tanpa kebenaran.

Perkara ini kerap berlaku kepada kami semasa zaman peranti 1 Gigabyte dan 10 aplikasi terpasang. Sejak menggunakan peranti 3 Gigabyte kami akui ini bukan lagi masalah. Sistem draf gambar ini mungkin mensasarkan pengguna yang mempunyai RAM yang kecil.


TIPS & ULASAN