Spesifikasi Huawei Mate 9 Tertiris – Pemproses Terkini Kirin Dan Sokongan Rakaman 4K

Spesifikasi Huawei Mate 9 Tertiris – Pemproses Terkini Kirin Dan Sokongan Rakaman 4K

Diterbitkan pada Ogos 11, 2016 oleh .

Huawei akan mengadakan acara khas pada 1 September hadapan sempena acara IFA di Berlin. Ura-ura yang didengari ialah mereka bakal melancarkan Huawei Mate 9. Spesifikasi peranti ini tertiris selepas muncul di dalam pangkalan data GFX Bench. Skrin mengecil ke 5.9″ HD penuh berbanding 6″ pada Mate 8. Pemproses yang digunakan pula ialah HiSilicon Hi3660 dengan cip grafik Mali-T880 GPU.

Huawei Mate 9 GFC Bench

Pemproses HiSilicon Kirin 955 yang digunakan pada Huawei P9 menggunakan kod Hi3650. Ini bermakna Mate 9 akan dilengkapi pemproses yang lebih berkuasa. Selain daripada itu ia dilengkapi RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12 Megapixel dengan rakaman 4K serta kamera selfie 8 Megapixel. Huawei Mate 8 ialah antara peranti kegemaran kami tahun ini kerana tahap ketahanan bateri yang menakjubkan. Diharap Mate 9 akan dapat mengekalkan fungsi yang sama.


TIPS & ULASAN