Cari @ Amanz

Hujung bulan lalu rekaan Kyocera DuraForce Pro tertiris ke arena web. Ia adalah peranti tahan lasak pertama yang menggunakan sistem dwi-kamera. Peranti tahan hentakan dan kalis air ini akhirnya dilancarkan secara rasmi. Ia dilengkapi skrin 5″ HD Penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 617, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Ia mempunyai ketahanan air serta debu IP68 dan tahan hentakan mengikut standard MIL STD 810G.

Kyocera-DuraForce-Pro-16

Kamera utama sebesar 13 Megapixel. Satu menggunakan lensa biasa manakala sebuah lagi lensa sudut lebar 135 darjah yang membuatkannya mampu menjadi sebuah kamera aksi seakan GoPro. Kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel. Bateri yang disertakan sebesar 3240 mAh. Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa dan sistem pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Kerangka khas dihasilkan untuk peranti ini bagi membolehkannya digunakan bersama cagak kamera GoPro. Ia bakal dilancarkan pada musim luruh ini namun harga jualan masih belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd