Topi Keledar Motosikal Master Chief Kini Boleh Dimiliki

Topi Keledar Motosikal Master Chief Kini Boleh Dimiliki

Diterbitkan pada Ogos 11, 2016 oleh .

Topi keledar keselamatan penunggang motosikal tidak perlu bosan dan tipikal. Sekiranya anda mahu bergaya ketika menunggang anda kini boleh memesan topi keledar Master Chief dari siri Halo. Ia memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan pihak berwajib dan bukan topi keledar mainan. Kusyen dalaman diperbuat daripada bahan yang menyerap peluh bagi memastikan keselesaan.

Master-Chief-Topi-Keledar-2

Pada waktu yang sama terdapat corong udara pada bahagian hadapan untuk kitaran udara bagi mengeringkan muka pemakai serta mengelakkan kabus ketika hujan. Cermin hadapan mempunyai lapisan menapis UV terbina. Terdapat empat saiz dihasilkan tetapi jumlah unit adalah terhad. Topi keledar Master Chief ini dijual pada harga $499.99 (~RM 2005) sebuah. Raifal UNSC MA5 dan baju zirah Mjolnir Powered Assault dijual berasingan.


TIPS & ULASAN