Cari @ Amanz

Lenovo telah mencuri perhatian ramai pada Lenovo Tech World 2016 yang lepas, dimana mereka memperkenalkan sejumlah produk baru, disamping turut memperlihatkan tablet yang boleh diubah kepada telefon pintar ataupun telefon pintar yang boleh diubah menjadi gelang tangan pintar.

Kini, dengan acara tahunan elektronik seterusnya yang bakal hadir, iaitu IFA 2016, pihak Lenovo dilihat mempunyai kejutan mereka tersendiri.

Terkini, melalui video teaser, Lenovo mengatakan mereka akan memperlihatkan pelbagai produk dan inovasi terkini, termasuk tablet generasi baru, Moto Mods, dan juga pembaharuan penambah-baikkan dalam arena papan kekunci.

Apakah produk khusus yang bakal diumumkan masih tidak diketahui. Namun, dengan masa kurang sebulan lagi, semestinya kita akan mendengar sedikit demi sedikit mengenai penawaran mereka kelak tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd