Cari @ Amanz

Berapakah jumlah RAM yang diperlukan pada sebuah peranti pintar Android? Bagi penggunaan harian kami mendapati 3 Gigabyte sudah lebih dari mencukupi. Sungguhpun begitu di pasaran kini sudah wujud peranti dengan RAM sebesar 6 Gigabyte. Ini memaksa Samsung menghasilkan Note 7 dengan RAM bersaiz serupa bagi membolehkannya bersaing di pasaran China.

LeEco Le 2S 1

Bagi LeEco 6 Gigbayte masih belum mencukupi. Mereka dilaporkan akan menghasilkan peranti dengan RAM sebesar 8 Gigabyte. LeEco L e2S ialah peranti yang bakal dilengkapi RAM bersaiz gergasi ini. Selain RAM yang besar ia turut dilengkapi skrin 5.5″ QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 821 dan storan 64 Gigabyte. Ia akan dilancarkan pada 7 September ini. Apakah saiz RAM yang ideal bagi anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd