Panel Skrin Dwi-Lengkung Xiaomi Mi Note 2 Tertiris

Panel Skrin Dwi-Lengkung Xiaomi Mi Note 2 Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 12, 2016 oleh .

Xiaomi Mi Note 2 dijangka akan dilancarkan 5 September akan datang. Pelbagai spekulasi mengenai phablet Xiaomi ini sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu. Antara yang didengari ialah ia akan menjadi peranti pertama Xiaomi dengan skrin dwi-lengkung. Panel hadapan untuk skrin Mi Note 2 kini tertiris dan mengesahkan penggunaan skrin ini.

Xiaomi-Mi-Note-2-skrin

Turut kelihatan ialah ruang untuk pengimbas cap jari pada bahagian dagu. Mi Note asal tidak mempunyai sistem pengimbas jari. Dua versi dikatakan akan dihasilkan. Satu dengan skrin skrin rata dan edisi premium dengan skrin dwi-lengkung. Model asas turut dilengkapi RAM 4 Gigabyte dan Snapdragon 820. Model premium pula dilengkapi RAM 6 Gigabyte dan Snapdragon 821. Harga jualan pula dianggarkan bermula dari $ 375 (RM 1501) sebuah.


TIPS & ULASAN