Cari @ Amanz

Instagram telah memperkenalkan Instagram Stories pada minggu lepas, menawarkan kebolehan untuk pengguna berkongsi video atau koleksi gambar yang akan hilang selepas 24 jam ia dikongsikan dan tidak dipaparkan pada garis masa pengguna. Ia hanya diperkenalkan pada peranti mudah-alih sahaja buat masa ini, dan masih belum hadir ke web secara rasminya.

Chrome IG Story

Namun, sekiranya anda aktif menggunakan laman Instagram.com untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan anda, kini anda boleh turut menonton Instagram Stories melalui sebuah pemalam khusus yang mengaktifkan paparannya.

Pemalam yang dinamakan Chrome IG Story ini ditawarkan untuk pelayar web Chrome, dan ia akan menambah paparan ikon pada bahagian atas Instagram.com, sama seperti di aplikasi mudah-alih. Pengguna boleh menontonnya dengan klik pada ikon rakan-rakan anda, selain turut boleh memuat-turun sesuatu perkongsian dengan klik-kanan pada ikon rakan anda.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba Chrome IG Story ini sementara pihak Instagram masih belum mengambil tindakan terhadapnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd