Xiaomi Melancarkan Pemutar Skru Elektrik Wowstick
Artikel Berkaitan

Xiaomi Melancarkan Pemutar Skru Elektrik Wowstick

Diterbitkan pada Ogos 12, 2016 oleh .

Telefon pintar, tablet, power bank, penapis air, router,dron, kamera aksi, papan apung, televisyen dan komputer riba. Ini ialah di antara produk yang telah dilancarkan oleh Xiaomi. Seperti Samsung, Xiaomi ini membekalkan segala keperluan anda tetapi pada harga lebih mampu milik. Terkini mereka melancarkan pemutar skru elektrik Wowstick pula di China.

Xiaomi-Wowstick-2

Wowstick mampu memutar skru pada kekuatan 3 Nm. Terdapat enam kepala skru yang disertakan. Terdapat aksesori tambahan 18 lagi kepala skru pelbagai bentuk yang boleh dibeli. Bateri yang digunakan mampu memberikan tempoh operasi selama lapan jam.  Terdapat lampu LED terbina pada bahagian hadapan bagi memudahkan penggunaan di dalam gelap. Pemutar skru elekrtik ini akan dijual bermula 22 September hadapan pada harga RMB 199 (~RM 120) sebatang


TIPS & ULASAN