Iran Akhirnya Akan Membenarkan Pegimportan iPhone Secara Sah

Iran Akhirnya Akan Membenarkan Pegimportan iPhone Secara Sah

Diterbitkan pada Ogos 12, 2016 oleh .

Apple iPhone ialah peranti yang menjadi simbol kekayaan golongan berpendapatan ting. Pengguna sanggup berbelanja lebih untuk memiliki iPhone kerana dipercayai lebih berkualiti dari peranti Android. Sama ada anda bersetuju ataupun tidak, ia adalah persepsi umum di Beijing, Los Angeles, Kuala Lumpur dan juga Tehran. Menarik sekali di Iran ialah peranti ini sebenarnya dijual secara haram kerana diseludup masuk dari negara jiran. Pihak kerajaan menutup sebelah mata kerana penggunaan iPhone yang tinggi di kalangan warga elit.

Replika iPhone 7 Plus

Sejak kebelakangan ini kerajaan Tehran lebih bertegas. Kesemua peranti yang bakal beroperasi di Iran perlu didaftar terlebih dahulu sebelum boleh disambungkan kepada rangkaian telekomunikasi mudah alih. Menyedari kepopularan iPhone, kerajaan Iran dilaporkan akan membenarkan kemasukan peranti ini secara sah oleh pengimport tempatan. Ini akan membolehkan iPhone yang dimiliki di daftar.

Cadangan Iran ini masih perlu menempuh halangan besar dari Amerika Syarikat. Sejak Revolusi Islam 1979, eksport barangan buatan syarikat Amerika tidak dibenarkan. Kemungkinan besar iPhone di Iran akan diimport melalui pihak ketiga dari negara jiran. Ini sekaligus akan meningkatkan lagi harga jualannya dan secara tidak langsung membuatkan pengguna semakin kelihatan berstatus tingggi.


TIPS & ULASAN