Cari @ Amanz

Seperti pada tahun lepas, Samsung turut akan menghadirkan diri pada IFA 2016 yang bakal diadakan pada bulan September 2016 ini. Melalui jemputan agenda yang diperlihatkan, Samsung dilihat memberikan petanda untuk mengumumkan sesuatu berkaitan dengan jam.

Samsung IFA 2016Selari dengan desas-desus sebelum ini, nampaknya kita mungkin akan melihat Samsung memperkenalkan Gear S3 pada acara berkenaan kelak. Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan Gear S2 yang menerima pujian ramai dari segi rekaan, dan buat pertama kalinya Samsung menawarkan Gear S2 untuk semua peranti Android. Sokongan untuk iOS dikatakan akan diperkenalkan, tetapi masih belum hadir sehingga kini.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Gear S3 dijangka hadir dalam tiga variasi, dan akan mengekalkan rekaan bulat seperti sebelum ini. Ia juga dijangka hadir dengan integrasi GPS, tetapi mengekalkan saiz skrin yang asal.

Disamping jam tangan, desas-desus juga mengatakan Samsung mungkin memperkenalkan keluarga tablet Galaxy Tab S3 pada IFA 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd