Gambar Tertiris Hadir Memperlihatkan Rekaan Muka Bulat Untuk Asus ZenWatch 3

Gambar Tertiris Hadir Memperlihatkan Rekaan Muka Bulat Untuk Asus ZenWatch 3

Diterbitkan pada Ogos 13, 2016 oleh .

Beberapa hari yang lepas, kita telah mengetahui info awal mengenai jam tangan pintar terbaru daripada Asus, iaitu ZenWatch 3 yang dijangka hadir dengan rekaan muka bulat. Ia dijangka diumumkan pada IFA 2016, dan terkini, beberapa gambar untuk jam tangan pintar berkenaan hadir.

Asus ZenWatch 3

Daripada apa yang diperlihatkan, ia dilihat sedikit tebal seumpama Moto 360, dan turut hadir dengan tiga butang fizikal pada bahagian tepi. Jam tangan pintar ini dijangka menggunakan Android Wear, seperti jam tangan ZenWatch sebelum ini.

Jam tangan pintar ini turut dilihat akan menawarkan kemudahan menggantikan tali jam, disamping turut menawarkan pengecas khusus untuknya.

Buat masa ini, info lanjut seperti bateri dan cip pemprosesan yang ditawarkan masih menjadi tanda tanya lagi.

Asus ZenWatch 3

Asus ZenWatch 3


TIPS & ULASAN