Cari @ Amanz

Waze kerap menyelamatkan kami dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Ia turut memudahkan kami melakukan perancangan pemanduan dengan lebih bijak. Tetapi sistem Waze masih belum sempurna kerana penutupan jalan yang berlaku perlu dilaporkan oleh pengguna terlebih dahulu. Oleh itu mereka memperkenalkan sistem notifkasi yang memberitahu pengguna penutupan jalan raya sebelum pemanduan dilakukan.

Waze-penutupan-jalan

Waze bekerjasama dengan beberapa agensi tertentu bagi memberitahu penutupan jalan beberapa hari lebih awal. Notifikasi akan terpapar pada lock screen dan juga apabila aplikasi dilancarkan pertama kali. Mereka akan bekerjasama dengan 20 rakan kongsi mereka di Amerika, Eropah dan Asia bagi mempercepatkan proses notifkasi ini. Di masa hadapan jalan yang ditutup kerana acara marathon, konsert dan demo jalanan tidak akan lagi mengejutkan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd