Twitter Untuk iPhone Bakal Membawakan Sokongan Tema Gelap Tidak Lama Lagi

Twitter Untuk iPhone Bakal Membawakan Sokongan Tema Gelap Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 14, 2016 oleh .

Twitter telah memperkenalkan sokongan tema gelap ataupun turut dinamakan sebagai Night Mode pada Twitter untuk Android tidak lama sebelum ini. Kini, mereka juga telah memulakan ujian untuk bentuk paparan sama pada aplikasi mereka di iPhone.

Twitter Night Mode

Twitter Beta untuk iPhone dilihat telah mula menyertakan sebuah fungsi baru yang membolehkan pengguna mengaktifkan Night Mode melalui halaman Settings. Seperti biasa, selepas ia diaktifkan, tema aplikasi berkenaan diubah kepada warna biru gelap dan menjadikan ia lebih mesra mata ketika digunakan pada waktu malam atau keadaan cahaya malap.

Buat masa ini, ia masih diuji pada versi beta, dan tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan hadir ke versi stabil Twitter untuk iPhone.


TIPS & ULASAN