Cari @ Amanz

Semalam, kita telah mendengar mengenai HTC Desire 10 Lifestyle yang bakal dilancarkan oleh HTC sekitar penghujung September 2016 kelak. Bersama-sama dengannya juga, HTC bakal memperkenalkan satu lagi peranti dibawah keluarga sama, dinamakan HTC Desire 10 Pro.

HTC Desire 10 Pro

Info penuh mengenai telefon pintar ini tidak diketahui sepenuhnya – berbanding dengan HTC Desire 10 Lifestyle. Apa yang kita boleh lihat adalah pihak HTC cuba selarikan penjenamaan keluarga Desire dengan keluarga flagship mereka.

Disamping itu, beberapa ciri-ciri menarik juga dilihat akan disertakan, termasuk rekaan yang kemas dan cantik serta penggunaan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Kita mungkin mendengar perkongsian lanjut mengenai spesifikasi untuk Desire 10 Pro ini pada perkongsian @evleaks akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd