No Man’s Sky PC Bermasalah – Patch Eksperimentasi Kini Boleh Dimuat Turun

No Man’s Sky PC Bermasalah – Patch Eksperimentasi Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Ogos 15, 2016 oleh .

Permainan pengembaraan angkasa lepas No Man’s Sky hadir beberapa hari lewat dari edisi PC. Ini menurut Hello Games adalah bagi memastikan permainan ini dapat berfungsi dengan lancar pada hari pertama. Sungguhpun begitu dari maklum balas pengguna di Steam, majoriti pengguna di platform ini merungut permainan ini mempunyai pelbagai masalah. Menekan alt-tab boleh menyebabkan permainan terhenti. Walaupun pada PC berkuasa tinggi, ia tidak lancar dan gagal mencecah 60 FPS.

No-Man's-Sky-Logo

Ini adalah agak memalukan kerana umun diketahui PC ialah platform bangsa terpilih yang sentiasa lebih baik dari pemain konsol. Hello Games mendengar komen dari pembeli dan sudah menghasilkan patch eksperimentasi yang boleh dicuba. Beberapa masalah utama seperti yang disenaraikan di atas berjaya diselesaikan menerusi patch ini. Bagi yang ingin menantikan patch penuh, ia dijangka hadir minggu ini. Adakah di antara pembaca Amanz yang sudah mencuba No Man’s Sky pada platform PC?


TIPS & ULASAN