Cari @ Amanz

Kesatria Baja Hitam ialah siri adi-wira Kamen yang amat popular ketika di sekolah rendah. Kami sanggup berbohong sakit semata-mata untuk ponteng sekolah agama dan menonton siri ini. Di dalam siri ini Kotaro Minami memburu penjahat Gorgom yang menculik saudara beliau. Di Singapura kini wujud Kesatria Baja Hitam edisi sebenar yang memburu pesalah jalan raya. Mereka sebenarnya anggota polis bermotosikal yang berpakaian serba hitam. Ini bagi menyukarkan kehadiran mereka dikesan oleh pesalah jalan raya.

Polis-Kesatria-Baja-Hitam-2

Motosikal berkuasa tinggi 900cc digunakan oleh mereka bagi memudahkan mereka mengejar pesalah yang cuba melarikan diri. Topi keledar dengan kamera GoPro digunakan bagi merakam video kesalahan pemandu yang menggunakan peranti ketika memandu, melanggar had kelajuan dan memandu secara berbahaya. Sejak beroperasi selama sebulan, 700 saman berjaya dikeluarkan oleh mereka. Kesalahan jalan raya boleh dikenakan denda SGD 3000 (~RM 8981) atau penjara 12 bulan untuk kesalahan pertama.

Kepada pemandu di Singapura berhati-hatilah ketika memburu Pokemon GO ketika memandu. Kesatria Baja Hitam ini mungkin tidak mampu melakukan “tendangan padu maut” tetapi kertas saman yang diterima akan membuatkan akaun bank anda terasa seperti ditendang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd