Lukisan Skematik iPhone 7 Tertiris Mengesahkan Tiada Pembesar Suara Stereo

Lukisan Skematik iPhone 7 Tertiris Mengesahkan Tiada Pembesar Suara Stereo

Diterbitkan pada Ogos 15, 2016 oleh .

Apple iPhone 7 dijangka tidak akan menyertakan sokongan bicu audio 3.5mm. Sebaliknya fon kepala dengan kepala Lightning diperlukan untuk mendengar muzik tanpa mengganggu orang ramai. Penggunaan sistem baru ini adalah bagi memberikan kualiti audio yang lebih baik dari sedia ada. Pada waktu yang sama ura-ura mengatakan bicu audio dibuang bagi meletakkan pembesar suara stereo pada bahagian bawah peranti.

Kekisi-Audio-iphone-7-2 Lukisan skematik pemasangan iPhone 7 tertiris hujung minggu ini dan seakan menidakkan ura-ura ini. Sebaliknya kekisi “pembesar suara” (B1 di dalam gambar di atas) pada sebelah kiri port Lightning pada bahagian bawah peranti hanyalah hiasan kosmetik. Ini bukan pertama kali ia dilakukan pada sebuah iPhone. Pada iPhone 5S kekisi audio juga diletakkan dan hanya sekadar hiasan.

Kekisi-Audio-iphone-7-1


TIPS & ULASAN