TM Menawarkan Diskaun Untuk Pendaftaran Baru Streamyx Sehingga Penghujung 2016

TM Menawarkan Diskaun Untuk Pendaftaran Baru Streamyx Sehingga Penghujung 2016

Diterbitkan pada Ogos 15, 2016 oleh .

Telekom Malaysia, sejak akhir-akhir ini dilihat lebih memfokuskan kepada promosi perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka, UniFi. Namun, perkhidmatan Streamyx tidak dilupakan, dan terkini mereka hadir dengan promosi untuk pendaftaran baru Streamyx.

TM Streamyx Promo

Melalui promosi yang ditawarkan bermula bulan Ogos 2016 ini sehingga 31 Disember 2016 kelak, Telekom Malaysia menawarkan harga promosi RM140 untuk 8Mbps, RM130 untuk 4Mbps dan RM120 untuk 2Mbps. Harga yang ditawarkan ini adalah untuk sebulan, dan selama 12 bulan pengguna dapat menikmati harga berkenaan.

Walaupun diskaun yang ditawarkan adalah sangat sedikit, namun ia mungkin menjadi pilihan bagi anda yang ingin memasang internet dirumah dan perkhidmatan Unifi masih tidak ditawarkan di kawasan perumahan anda. Tetapi, sekiranya ia dibandingkan mengikut harga kelajuan bersama UniFi, harga penawaran Streamyx ini boleh dikategorikan seperti masih tinggi buat masa ini, dan mungkin tidak begitu mesra untuk pengguna yang akan mendaftarnya – dimana kebanyakkannya dari luar bandar.


TIPS & ULASAN