Cari @ Amanz

Pada pelayar web, kita sering menggunakan kekunci pintas Backspace untuk kembali ke halaman web yang dilayari sebelumnya. Namun, bermula kemaskini terbaru Google Chrome, pihak pembangunnya telah membuangnya, dan menggantikan ia dengan kekunci ALT + Anak Panah Kiri.

Salah satu sebab mengapa ia dilakukan adalah kerana ada kalanya – terutamanya ketika pengguna mengisi borang di web, mereka ingin memadam sesuatu perkataan atau huruf yang tersalah diisi. Tetapi, disebabkan penggunaan butang Backspace, ia mengembalikan mereka ke halaman sebelumnya dan membuatkan mereka perlu mengisi sesuatu web itu kembali dari awal.

Chrome Backspace

Perubahan ini semestinya tidak disukai ramai, dan beberapa pemalam telah disediakan untuk pengguna mengembalikan fungsi Backspace ke halaman web yang dilayari sebelumnya.

Salah satunya adalah Backspace to go Back. Pengguna hanya perlu memasang ia pada Google Chrome, dan anda dapat menggunakan kembali butang Backspace untuk kembali ke halaman web yang dilayari sebelumnya.

Bagi anda yang merupakan pengguna tegar Google Chrome dan terbiasa dengan kekunci pintas Backspace, mungkin boleh mencuba pemalam ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd