Lavolta – Beg Sandang Yang Memudahkan Pemilik Membawa iMac

Lavolta – Beg Sandang Yang Memudahkan Pemilik Membawa iMac

Diterbitkan pada Ogos 15, 2016 oleh .

Apple iMac ialah antara komputer desktop yang terbesar yang dijual di pasaran. Keseluruhan komputer ini tersimpan di dalam satu kerangka bagi memudahkannya dibawa. Namun mengangkatnya masih lagi sukar keran saiznya yang agak besar dan ia juga agak berat. Ketika di kolej kami kerap melihat pemilik iMac mengusung komputer mereka dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kerosakan.

Lavolta Beg 2

Lavolta ialah beg yang direka khas untuk memudahkan sebuah iMac 27″ disandang pada bahu. Keseluruhan beg diperbuat daripada bahan felt dan kulit. iMac boleh disarung dengan pantas dan disandang dengan selesa. Beg sandang Lavolta dijual pada harga GBP 55.60 (~RM 288) sebuah. Harga jualan yang kami rasakan mampu milik untuk memastikan komputer desktop bernilai ribuan ringgit dapat diangkut dengan selesa dan selamat.


TIPS & ULASAN