Adakah Apple Bakal Hadir Dengan iPad Bersaiz 10.5-inci?

Adakah Apple Bakal Hadir Dengan iPad Bersaiz 10.5-inci?

Diterbitkan pada Ogos 15, 2016 oleh .

Apple sebelum ini telah menawarkan iPad dalam variasi tiga saiz berbeza, iaitu 7.9-inci, 9.7-inci dan juga 12.9-inci. Terkini menurut komen salah seorang penganalisa, Apple diramalkan mungkin hadir dengan sebuah tablet baru bersaiz 10.5-inci pada tahun hadapan, 2017.

Tablet bersaiz 10.5-inci ini diramal mungkin menyasarkan pasaran perusahaan dan pendidikan, selain penggunaan bersama papan kekunci mungkin menawarkan ia sebagai salah satu alternatif untuk komputer riba Mac pada harga lebih rendah.

Menurut penganalisa berkenaan, Apple dijangka hadir dengan tiga variasi saiz iPad pada tahun 2017 kelak, iaitu bersaiz 12.9-inci, 10.5-inci dan juga 9.7-inci. iPad bersaiz 10.5-inci ini dijangka menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi seumpama 12.9-inci, selain mungkin turut memperlihatkan Apple berhenti hadir dengan iPad Mini yang baru.

Disamping perubahan pada saiz, penganalisa sama turut mengatakan Apple mungkin hadir dengan iPad menggunakan skrin panel AMOLED pada tahun 2018 kelak.


TIPS & ULASAN