BUAL – Aplikasi Membuat Panggilan Ke Mana-Mana, Lebih Murah Dan Senang

BUAL – Aplikasi Membuat Panggilan Ke Mana-Mana, Lebih Murah Dan Senang

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Pada hari ini, terdapat pelbagai perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat panggilan suara melalui data internet dengan mudah. Dengan konsep lebih kurang sama, dan beberapa ciri-ciri tambahan adalah salah satu aplikasi terbaru daripada syarikat tempatan, dinamakan sebagai BUAL.

BUAL ditawarkan untuk Android dan iPhone, membolehkan pengguna bukan sahaja membuat panggilan dikalangan pengguna aplikasi tersebut secara percuma, tetapi pada masa yang sama turut membolehkan pengguna membuat panggilan kepada talian mudah-alih atau talian tetap menggunakannya.

BUAL Android

Sebagai contoh, anda hanya perlu memasang BUAL hari ini pada telefon anda, dan kemudian menggunakan BUAL dalam berbual bersama rakan-rakan anda yang lain secara percuma melalui akses internet. Ataupun, anda turut boleh membuat panggilan ke talian tetap dan mudah-alih pada kos yang lebih rendah berbanding penyedia perkhidmatan yang lain. Ini juga sekaligus menjadikan BUAL lebih kos efektif sekiranya anda membuat panggilan ke rumah atau keluarga ketika berada di luar negara.

Disamping itu, BUAL juga turut menyediakan perkhidmatan permesejan terbina bagi anda menghantar dan menerima teks.

BUAL Android

Bagi kami sendiri, salah satu ciri menarik pada BUAL yang kami sukai adalah integrasi Referral Program. Melaluinya, anda hanya perlu merujuk rakan-rakan atau ahli keluarga anda menggunakan aplikasi BUAL, dan anda akan menerima kredit percuma apabila mereka memuat-turun aplikasi berkenaan dan mendaftarnya dibawah anda.

Untuk anda yang aktif berhubung antara satu sama lain melalui panggilan suara ataupun permesejan, mungkin boleh mencuba aplikasi BUAL yang ditawarkan secara percuma ini hari ini. Kami sendiri di Amanz akan berkongsi lanjut mengenai aplikasi ini pada kemaskini akan datang.

Muat-Turun BUAL untuk Android

Muat-Turun BUAL untuk iPhone

Kunjungi website mereka di www.bual.asia untuk lihat butiran lebih lanjut dan jangan lupa untuk like mereka di Facebook dan ikuti berita semasa mereka di Twitter

Penafian : Advertorial daripada BUAL.


TIPS & ULASAN