iPhone 6S Edisi Terhad Pokemon GO Dihasilkan Dengan Harga Bermula RM 11000

iPhone 6S Edisi Terhad Pokemon GO Dihasilkan Dengan Harga Bermula RM 11000

Diterbitkan pada Ogos 16, 2016 oleh .

Tidak dapat dinafikan Pokemon GO ialah permainan  peranti pintar yang terhangat sejak Angry Birds. Niantic dan Pokemon Company dijangka mengaut keuntungan mencecah $1 Billion menjelang penghujung tahun ini. Di Malaysia ia turut menerima sambutan luar biasa walaupun mendapat halangan pihak tertentu. Kepada peminat tegar Pokemon GO, kini wujud iPhone 6S edisi khas permainan kegemaran anda.

Caviar-Pokemon-GO-iphone-2

iPhone 6s Caviar Pokemon Go Edition dihasilkan untuk pasaran Russia. Panel belakang yang diperbuat daripada titanium mempunyai rekaan Pokemon GO dan logo pasukan Mystic, Valor dan Instinct. Harga jualan bermula Rubles 177000 (~RM11048) untuk versi 64 Gigabyte dan Rubles 187000 (~RM 11672) untuk versi 128 Gigabyte. Hanya 77 peranti akan dihasilkan dan pra-pesanan boleh dilakukan sekarang.


TIPS & ULASAN