Carian
YouTube Menguji Thumbnail Yang Bergerak Apabila Dilalui Anak Panah Tetikus
August 16, 2016 Effi Saharudin

Sebanyak 60 jam video dimuat naik ke dalam video setiap minit. Adalah mustahil bagi seorang manusia biasa untuk menonton kesemua video yang disimpan di laman video nombor satu dunia ini. Bagi mendapatkan perhatian pengguna, thumbnail yang cantik adalah perlu bagi memastikan video ditonton dalam jumlah yang banyak. Namun harus diakui thumbnail sahaja tidak memadai untuk mendapatkan idea apakah kandungan video yang bakal ditonton. Oleh itu sistem thumbnail bergerak kini mula diuji oleh Youtube.

Beberapa pengguna kini melaporkan menerima fungsi ini hari ini. Apabila anak panah tetikus berada di atas thumbnail video, ia akan mula bergerak dan menunjukkan beberapa babak terpilih dari video yang ingin ditonton. Ini sebenarnya fungsi yang sudah lama kami mahukan sejak melihatnya digunakan pada beberapa “laman dewasa” popular. Tidak diketahui sama ada sistem ini akan digunakan pada keseluruhan laman dalam masa terdekat. Kami berharap ia akan diaktifkan kepada semua kerana semakin banyak thumbnail YouTube yang langsung tidak menunjukkan kandungan video sebenar.

Komen