Webe Dilancarkan Secara Rasmi – Pelan Untuk Pengguna Umum Menjelang Suku Ke-4 2016

Webe Dilancarkan Secara Rasmi – Pelan Untuk Pengguna Umum Menjelang Suku Ke-4 2016

Diterbitkan pada Ogos 16, 2016 oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah mengambil-alih penyedia perkhidmatan mudah-alih P1, dan turut telah menjenamakan ia kepada Webe. Kini, selepas melalui pelbagai fasa, termasuk perubahan pada bahagian pengurusan, Webe akhirnya dilancarkan secara rasminya.

Walaupun dilancarkan secara rasmi, pihak Webe masih tidak berkongsi mengenai pelan Webe untuk pengguna umum. Webe buat masa ini masih terhad kepada pengguna Unifi dan P1 sahaja, dan dijangka di perkenalkan kepada semua pengguna umum menjelang suku ke-4 tahun ini. Tiada tarikh pasti diberikan Webe buat masa ini, dan sekadar dikatakan akan ditawarkan pada awal suku ke-empat 2016 ini.

Webe

Webe juga turut tidak berkongsi mengenai harga jualannya untuk pengguna umum buat masa ini. Untuk pelanggan TM dan P1, Webe ditawarkan pada harga RM79 – dimana ia hadir dengan penawaran data tanpa had, tetapi perlu membayar untuk tethering. Pihak Webe dilihat tidak akan melakukan perubahan pada penawaran untuk pengguna umum kelak dari segi pakej – selain daripada harga jualannya.

Pada ramalan anda, adakah Webe akan ditawarkan kepada pengguna umum dengan harga sekitar RM79 ataupun lebih mahal lagi?


TIPS & ULASAN