Cari @ Amanz

Google nampaknya telah mula mengasingkan satu demi satu fungsi daripada Google+. Terkini, melalui halaman sokongan untuk Google Hangouts On Air, Google mengatakan fungsi berkenaan akan ditamatkan selepas 12 September 2016 kelak, dan pengguna diminta menggunakan YouTube Live sebagai ganti untuknya.

Google Hangouts Web

Sebelum ini, fungsi Hangouts On Air telah diperkenalkan yang membolehkan para pengguna untuk membuat siaran langsung dalam berbincang sesuatu perkara dengan rakan-rakan dan pengikut di Google+.

Peralihan kepada YouTube Live juga turut membawa kepada kekangan fungsi, termasuk fungsi seperti Q&A, Showcase dan juga Applause. Google sendiri menyedari perkara ini, dan mengatakan pengguna boleh mengumpulkan soalan daripada pelbagai medium sebelum memulakan siaran langsung mereka.

Bagi anda, adakah perubahan ini memberikan kesan kepada anda? Adakah anda pernah mencuba Hangouts On Air sebelum ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd