Cari @ Amanz

Google Hangouts merupakan aplikasi yang telah ditawarkan sekian lama oleh Google, menawarkan kemudahan untuk pengguna menghantar mesej mahupun membuat panggilan video menggunakannya. Terkini, dengan kehadiran dua lagi aplikasi baru iaitu Allo dan Duo, pihak Google dilihat melihat semula strategi untuk perkhidmatan Hangouts.

Bercakap mengenainya, Google mengatakan akan lebih memfokuskan Hangouts untuk pengguna perniagaan dan perusahaan selepas ini, sementara Allo dan Duo akan lebih memfokuskan pengguna umum.

Perkara ini dilakukan disebabkan oleh kelebihan Hangouts yang menggunakan akaun Google – sekaligus memudahkan pengguna mengintegrasikannya dengan aplikasi Google lain. Sementara Allo dan Duo beroperasi dengan hanya menggunakan nombor telefon, seumpama WhatsApp.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, pengguna masih boleh menggunakan Hangouts seperti hari ini – apatah lagi ia diintegrasikan pada paparan GMail di pelayar web desktop.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd