Xiaomi Hadir Dengan Mesin Basuh Pintar Bersaiz Kecil

Xiaomi Hadir Dengan Mesin Basuh Pintar Bersaiz Kecil

Diterbitkan pada Ogos 16, 2016 oleh .

Xiaomi melalui syarikat ekosistem mereka telah hadir dengan sejumlah peralatan elektronik pintar yang boleh dikawal melalui telefon pintar. Terkini, hari ini mereka memperkenalkan satu lagi produk baru diluar kategori peranti mudah-alih, iaitu sebuah mesin basuh.

Dinamakan sebagai Smart Portable Mini Washing Machine, ia ditawarkan dibawah kategori Mi Smart Home, dan dibangunkan oleh syarikat ekosistem Minij.

Mesin Basuh Xiaomi

Mesin Basuh Xiaomi

Mesin basuh pintar seberat 34 kilogram, menjadikan ia mudah dialihkan ke mana-mana dengan mudah. Saiznya yang kecil membolehkan ia memuatkan kapasiti sekitar 2.8 kilogram sahaja, dan hanya boleh membasuh beberapa helai baju melaluinya.

Seperti peralatan elektronik dibawah ekosistem Xiaomi, ia turut hadir dengan aplikasi yang menyertakan 14 mod membasuh berbeza. Pengguna boleh memilihnya dan mengawal mesin basuh berkenaan menggunakan peranti mudah-alih.

Mesin basuh ini disenaraikan pada harga 1499 Yuan (~RM900) dan hanya ditawarkan di China buat masa ini.


TIPS & ULASAN