Cari @ Amanz

Intel hari ini telah mengadakan acara Intel Developer Forum 2016, dimana melaluinya, Intel telah berkongsi sejumlah visi dan perancangan syarikat berkenaan untuk tahun akan datang. Dalam pengenalan tersebut, salah satu perkara yang turut diperlihatkan oleh Intel adalah Project Alloy.

Project Alloy adalah salah satu set kepala semua-dalam satu daripada Intel yang memfokuskan kepada realiti-maya dan juga “realiti-gabungan”(mixed-reality). Melalui realiti-gabungan, ia membolehkan pengguna mengabungkan penggunaan paparan maya dengan dunia-sebenar, sekaligus menghasilkan pengalaman yang lebih menarik dalam menikmati kandungan. Untuk makluman, Microsoft turut memfokuskan kepada arena ini sejak setahun dua yang lepas.

Intel Project Alloy

Ia hadir dengan rekaan bebas wayar dan mengintegrasikan pelbagai sensor dan sokongan Intel RealSense terus pada set kepala berkenaan. Intel mengatakan pengguna boleh menggunakan Project Alloy tanpa memerlukan sebarang komponen tambahan – sekaligus memberikan idea ia hadir dengan kuasa pemprosesan dan grafik yang baik, selain bateri untuk menguasakannya.

Intel mengatakan ia akan ditawarkan dalam bentuk platform terbuka pada 2017 kelak, membuka ruangan kepada semua pengeluar menggunakannya dalam hadir dengan set realiti-gabungan masing-masing.

Intel Project Alloy

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd