Kemaskini Windows 10 Anniversary Update Mula Diperkenalkan Untuk Windows 10 Mobile

Kemaskini Windows 10 Anniversary Update Mula Diperkenalkan Untuk Windows 10 Mobile

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Microsoft telah menawarkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update untuk pengguna desktop dan komputer riba sejak awal bulan Ogos ini. Kini, hari ini, Microsoft turut secara rasminya mengumumkan pengenalan kemaskini sama untuk pengguna Windows 10 Mobile.

Windows 10 Mobile melalui kemaskini ini kini menyertakan sokongan pengimbas cap jari (bagi peranti baru yang hadir dengannya), sokongan aplikasi Skype yang serba-baru menggantikan versi lama, kemaskini pada menu tetapan, dan akses pintas ke kamera dan kawalan media melalui skrin kunci.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10 Mobile, anda boleh ke halaman Settings > Update & Security > Phone Update > Check for Updates, untuk memulakan proses kemaskini anda. Seperti biasa, Microsoft mengatakan pengenalan kemaskini adalah secara berperingkat mengikut model dan negara.


TIPS & ULASAN