Peranti Sony Xperia Paling Stabil Dikalangan Android, Motorola Terpantas Untuk Kemas Kini

Peranti Sony Xperia Paling Stabil Dikalangan Android, Motorola Terpantas Untuk Kemas Kini

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Kestabilan peranti ialah penting bagi mereka yang memerlukannya untuk melakukan tugasan harian. Ia antara kriteria utama untuk membeli peranti selain spesifikasi yang baik serta kemampuan kamera. Dengan jumlah pengeluar yang banyak, peranti Android yang manakah paling stabil? Menurut kajian Apteligent, peranti Sony Xperia adalah paling stabil dengan jumlah aplikasi terhenti paling rendah. Ini diikuti oleh Motorola, HTC, Samsung, LG dan ZTE. Data yang dikumpul walaubagaimanapun tidak menyertakan peranti Nexus.

Apteligent-Stability-Android

Peranti Sony Xperia hanya mengalami kegagalan aplikasi 0.08% peratus bagi setiap setengah juta kali ia digunakan. Motorola pula mencatatkan 0.09% dan HTC mencatatkan 0.1%. Pada waktu yang sama menurut mereka Motorola adalah pengeluar terpantas mengeluarkan kemas kini berbanding pengeluar lain. Jadi kepada mereka yang mementingkan kestabilan OS dan aplikasi, kini anda tahu peranti manakah yang paling sesuai dengan keperluan anda.


TIPS & ULASAN