Asus ROG GX800 Dilancarkan – Komputer Riba Dengan Dua Kad Grafik Nvidia GeForce GTX 1080

Asus ROG GX800 Dilancarkan – Komputer Riba Dengan Dua Kad Grafik Nvidia GeForce GTX 1080

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Dengan pelancaran kad grafik GeForce GTX10 untuk komputer riba semalam oleh Nvidia, ia membuka lembaran baru bagi dunia perkomputeran mudah alih. Komputer riba kini mampu mempunyai kemampuan grafik yang setanding dengan komputer desktop. Asus tidak menanti untuk melancarkan komputer riba untuk permainan komputer mudah alih mereka. Semalam mereka melancarkan Asus ROG GX800 yang dilengkapi sepasang kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080 yang berfungsi secara SLI.

Asus-ROG-GX800-2

Komputer riba permainan video ini diumumkan di Computex Mei lalu dengan sepasang GeForce GTX 980. Tetapi dengan pelancaran kad grafik Pascal terkini Nvidia, konfigurasinya diubah pada saat akhir. ROG GX800 dilengkapi skrin 18.4″ LED dengan resolusi 4K, diperkasakan pemproses Intel CoreĀ  i7 6820HK, RAM sehingga 64 Gigabyte DDR4 dan storan PCie-SSD 512 Gigabyte. Papan kekunci mekanikal MechTAG dengan sokongan lampu RGB turut digunakan. Sistem penyejukan cecair yang boleh ditanggalkan melengkapi konfigurasi komputer riba ekstrem ini.

Pilihan penyambungan ialah 2 port USB-C, 3 port USB 3.1, 1 port HDMI dan 1 port Mini Display. Bateri yang digunakan pula sebesar 76 Wh. Sebuah beg khas disertakan dengan setiap pembelian bagi mengangkut komputer seberat 4.7 Kilogram (5.7 Kilogram dengan sistem penyejukan cecair terpasang) ini. Asus ROG GX800 akan mula dijual November hadapan pada harga bermula US 6999 (~RM 27981) sebuah.

Asus-ROG-GX800-1

 


TIPS & ULASAN