Obi Worldphone MV1 Dilancarkan – Peranti Asas Dengan Rekaan Unik

Obi Worldphone MV1 Dilancarkan – Peranti Asas Dengan Rekaan Unik

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Obi Worldphone ialah syarikat pengeluar peranti yang diasaskan oleh bekas CEO Apple John Sculley. Sekiranya anda menonton filem Steve Jobs, beliau ialah individu yang bertanggungjawab menendang keluar Steve Jobs dari Apple. Syarikat ini bakal melancarkan peranti ketiga mereka iaitu MV1. Ia sebuah peranti asas dengan skrin 5″ HD, pemproses Snapdragon 212, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 64 Gigabyte).

Obi-MV1-2

Kemampuan optik ialah kamera utama sebesar 8 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Bateri sebesar 2500 mAh melengkapi spesifikasi peranti yang mengguna Cynogen OS 12.1.1 yang berasaskan Android 5.1. Seperti Obi Worldphone SF 1 dan SJ 1.5 sebelum ini, MV1 mempunyai rekaan yang amat unik. Panel skrin peranti terkeluar dari kerangka dan bahagian atas pula adalah rata. Ia akan mula dijual di United Kingdom pada harga GBP 99 (~RM 516) sebuah.

 


TIPS & ULASAN