LG Memulakan Ujian Android 7.0 Nougat Untuk LG G5
LG

LG Memulakan Ujian Android 7.0 Nougat Untuk LG G5

Diterbitkan pada Ogos 17, 2016 oleh .

Dengan pelancaran Android 7.0 Nougat yang semakin hampir, pelbagai pengeluar peranti Android yang sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan kemaskini tersebut untuk peranti masing-masing. Sebelum ini, kita telah melihat HTC menyatakan akan memperkenalkan kemaskini berkenaan dalam tempoh 90 hari, selain Samsung yang mengatakan ia akan hadir dalam sekitar 3 bulan.

LG G5 Nougat

Terkini, LG turut dalam persiapan untuk memperkenalkannya, dan telah mengumumkan sebuah Preview Program untuk pengguna LG G5. Ia berfungsi lebih kepada menguji sistem operasi berkenaan dan mendapatkan maklumbalas daripada pengguna terlebih dahulu sebelum kemaskini sama diperkenalkan kepada pengguna umum.

Buat masa ini, LG dilihat lebih menyasarkan pengguna di Korea Selatan untuk menyertainya. Pengguna akan diperlukan memuat-turun sebuah aplikasi khusus daripada Google Play Store, dan seterusnya memuat-turun Android Nougat untuk peranti mereka.


TIPS & ULASAN